Kamis, 17 Desember 2009

Duration dan Price Type

Bila kamu hendak membuka posisi kamu perlu meletakkan pesanan "masukkan". Jika dan bila pesanan masukkan terlaksana, posisi itu akan menjadi OPEN dan memulakan kitar hidup dalam pasar. Untuk posisi yang dibuka sebelumnya arahan untuk menutupnya boleh dimasukkan bila-bila masa saja.


Pesanan GTC (Bolehpakai Sehingga dibatalkan) (Good Till Cancelled) akan terus berada dalam pasar sehingga kamu membatalkannya dan ianya adalah jenis jangkamasa pesanan yang [default]. Pesanan GTD (Bolehpakai Sehingga Tarikh) (Good Till Date) akan terus berapa dalam pasar sehingga tarikh yang kamu nyatakan, dan pesanan IOC (Serta-merta Atau Batal) (Immediate Or Cancel) akan dilaksanakan serta-merta (sekiranya semua syarat dipenuhi) atau di batalkan.


Memulakan urusniaga dengan pesanan hentian [stop order] nermakna kamu hanya akan buka posisi jika pasar bergerak pada arah yang kamu jangkakan. pesanan batasan [limit order] ialah pesanan untuk beli [buy] pada harga di bawah harga terkini, atau jual [sell] pada harga di atas harga terkini.


Pesanan limit ialah pesanan untuk membeli di bawah harga terkini, atau jual pada harga di atas harga terkini. Sebagai contoh jika sesuatu instrument pasar diniagakan pada 1.2952 / 1.2955 dan kamu percaya harga ini adalah mahal, kamu boleh letakkan pesanan limit untuk beli pada 1.2945. Jika terlaksana ianya akan memberikan kamu posisi untuk instrument pasar itu pada 1.2945, ianya adalah 10 pip lebih baik daripada sekiranya kamu beli menggunakan pesanan market. pesanan stop ialah pesanan dimana kamu membeli pada harga di atas harga terkini pasaran atau jual di bawah harga terkini pasaran, ianya biasanya digunakan jika kamu tidak berada di meja kamu dan kamu hendak menangkap trend. Jika sesuatu instrumen pasar diniagakan pada harga 1.2952 / 1.2955, kamu boleh meletakkan pesanan stop pada harga 1.2970. Sekiranya pasar bergerak ke atas ke harga tersebut, pesanan kamu akan terlaksana dan akan membuka posisi long. Sekiranya pasar terus bergerak mengikut arah trend yang sama, posisi kamu akan membawa keuntungan kepada kamu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar